Tuesday, August 1, 2017

PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 41

 
Taraf Jawatan
Tetap
 
Kelayakan Memohon

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya;

DAN
 
Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
 
Kelayakan Tambahan
 Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 20 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan.


Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.


Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat bertaraf tetap layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;a) Mempunyai kelayakan memohon seperti di atas; dan
b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam jawatan sekarang.


Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara kontrak atau bertaraf sambilan layak dipertimbangkan jika mempunyai kelayakan memohon seperti di atas.
 
Kriteria Yang Diperlukan

ü Berdaya saing, cergas, berfikiran strategik, mempunyai minda analitikal, berupaya memacu keberhasilan, inovatif, kreatif dan fleksibel.

ü Mempunyai semangat kerja berpasukan yang jitu serta berkemahiran tinggi dalam komunikasi melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
 
Bidang Tugas

Menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan serta pembaharuan undang-undang percukaian.
 
Gaji
RM3,335.00  Hingga  RM0.00  
 
Cara Memohon
 Permohonan jawatan hanya diterima melalui online sahaja.


Pemohon hanya boleh memohon satu jawatan sahaja.


Pemohon termasuk pegawai LHDNM bertaraf sambilan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://career.hasil.gov.my/


Pemohon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf tetap dan kontrak hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://spi.hasil.gov.my/. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat di Sistem Pengurusan Insan (SPI) adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.


Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.
    
 
Maklumat Temuduga
 Nama calon yang berjaya untuk menduduki peperiksaan online LHDNM dan disenarai pendek temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.


Calon yang disenarai pendek untuk menghadiri temuduga dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan melalui laman:-https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php

 
 
 
Nota
  * Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari dari tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.


* Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat:kerjaya@hasil.gov.my
 
 
Tarikh Tutup
03 Ogos 2017
                                  

No comments: